Hai kepada semua rakan seperjuangan selamat menjalani Final Exam!!!!
Keluargaku Selamanya
Wednesday, 4 May 2016
Monday, 14 March 2016
TUGASAN 2 INDIVIDU SADE1013
SADE1013 ASAS KEUSAHAWANAN
Tajuk Tugasan :
Huraikan dengan terperinci tentang Industeri Pelancongan di Malaysia.
Disediakan Untuk: En. Shahrol Aman Bin Ahmad.
1.0 Pengenalan
Istilah Pelancongan bukanlah sesuatu
yang baru bagi sesebuah negara. Sejak dahulu lagi, industri pelancongan telah
menjadi nadi penggerak ekonomi utama bagi beberapa buah negara. Dalam era
globalisasi kini, kebanyakan negara dunia semakin berlumba-lumba dalam
memajukan sektor pelancongan masing-masing demi tukaran matawang asing yang lebih
lumayan. Negara kita Malaysia amat bertuah kerana memiliki alam semula jadi
yang indah, unik dan pelbagai seperti hutan hujan tropika, banjaran gunung,
iklim dan cuaca yang tidak melampau, pulau dan pantai serta pelbagai spesies
flora dan fauna. Pelancongan di Malaysia telah menjadi suatu bidang pelaburan
baru yang mampu memacu pertumbuhan industri-industri lain yang berperanan
sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia dalam mencapai status negara
maju menjelang tahun 2020.
Pelancongan mempunyai pelbagai maksud
mengikut perspektif yang berbeza. Perkataan tourism
itu sendiri berasal daripada perkataan Latin iaitu tornare dan juga Greek iaitu tornos
yang membawa maksud pergerakan dalam suatu bulatan. Justeru itu, wujudnya
beberapa definisi lain yang cuba memberi penjelasan mengenai pelancongan.
Antaranya ialah Leiper (1981) yang mendefinisikan pelancongan sebagai, “Suatu
sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen
manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan
persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri
pelancongan dan elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara
bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih kurang satu
hari”. Menerusi pengertian yang mendalam ini, ia menekankan lima elemen yang
terlibat dengan industri pelancongan iaitu persekitaran, manusia, kawasan,
ekonomi dan dinamik.
Definisi istilah pelancongan yang paling
tepat masih terus dicari, ini mengakibatkan wujud pelbagai pemahaman dan pengertian
yang berbeza. Masih ramai yang cuba mengetengahkan definisi pelancongan
mengikut sudut pandangan masing-masing. Akhirnya McIntosh dan rakan-rakan (1995)
telah membariskan suatu definisi pelancongan yang baik dan lengkap serta diguna
pakai sehingga kehari ini iaitu “Pelancongan adalah suatu fenomena dan hubungan
yang wujud akibat daripada interaksi di antara pelancong, ahli perniagaan,
kerajaan dan komuniti selaku tuan rumah dalam proses menarik pelancong dan
pelawat asing”. Menerusi definisi ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa
pelancongan ialah suatu lawatan, kunjungan atau pengembaraan ke suatu tempat
yang lain dalam tempoh semalam, bagi tujuan berhibur, berehat,berniaga dan
sebagainya. Malah, definisi ini juga menekankan wujudnya empat elemen utama
dalam pengertian pelancongan iaitu pelancong, perniagaan, kerajaan dan tuan
rumah. Keempat-empat elemen ini diperlukan dalam mewujudkan industri
pelancongan. Sebagai contoh, apabila seseorang individu itu pergi melancong,
bermakna beliau adala seorang pelancong yang memerlukan perkhidmatan seperti
penginapan dan pengangkutan. Pelancong semestinya akan melancong ke destinasi
yang mana ekonominya akan dikawal oleh kerajaan dan secara tidak langsung juga,
pelancong akan mewujudkan hubungan dengan tuan rumah selaku komuniti destinasi
pelancongan tersebut.
Pengertian istilah pelancongan mengikut
WTO atau World Tourism Organization pula ialah, “Aktiviti pengembaraan
seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan
menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan dan
sebagainya”. Menerusi pengertian ini, secara tidak langsung kita dapat mengkaji
dengan lebih mendalam apa yang dimaksudkan dengan pelancongan antarabangsa,
pelancongan dalaman, pelancongan domestik dan pelancongan kebangsaan.
1.1 Pelancongan
Antarabangsa.
Pelancongan
antarabangsa melibatkan dua aspek pelancongan iaitu melancong dalam negara dan
melancong luar negara. Melancong dalam negara merujuk kepada lawatan ke
destinasi tuan rumah oleh individu yang berasal dari destinasi lain. Sebagai
contoh Malaysia sebagai tuan rumah menerima lawatan daripada pengunjung yang
berasal dari China. Pelancong China yang datang ke Malaysia dikenali sebagai
pelancong dalam negara. Melancong luar negara pula merujuk kepada lawatan
individu ke destinasi lain selain dari tempat asal mereka. Contohnya pelancong
Malaysia yang berkunjung ke London dan New Zealand dikenali sebagai pelancong
luar negara.
1.2 Pelancongan Dalaman.
Pelancongan
dalaman pula merujuk kepada kunjungan atau pengembaraan individu ke destinasi
yang sama dalam kawasan destinasi asal mereka. Sebagai contoh, bangsa Johor yang
berasal dari Johor Bahru membuat lawatan ke Tanjung Balau, juga terletak dalam
negeri Johor.
1.3 Pelancongan
Domestik.
Pelancongan
domestik dapat dirujuk kepada pelancongan dalaman dan dalam negara. Contohnya,
sebagai rakyat negeri Melaka, kita menerima kunjungan daripada rakyat bangsa
Johor. Pelancong Johor itu dikenali sebagai pelancong domestik. Oleh itu,
pemasaran pelancongan yang perlu diberi penekanan ialah kemudahan penginapan
dan tempat tarikan negeri Melaka.
1.4 Pelancongan
kebangsaan
Pelancong
kebangsaan pula merujuk kepada pelancongan dalaman dan luar negara. Sebagai
contoh, kunjungan kita sebagai rakyat negeri Melaka ke negeri Johor dan
kunjungan kita ke negara lain contohnya Belanda, Indonesia, Thailand dan
lain-lain negara. Maka pemasaran pelancongan yang perlu ditekankan ialah
pengangkutan dan agensi pengembaraan.
2.0 Tahap
Pembangunan Industri Pelancongan
Jabatan
pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada
tahun 1959. Pada era tahun 1960an, sektor pelancongan negara belum memainkan
peranan penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan masih memberi
tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Keluaran Negara
Kasar (KNK) pada tahun 70-an telah menunjukkan sumbangan sektor hasil bumi
sebanyak 45%. Namun begitu, sektor pelancongan dilihat mengalami perkembangan
yang positif pada era tahun 70an. Ketibaan pelancong ke Malaysia semakin
meningkat dengan kadar peningkatan sebanyak 14.4% setahun. Ini merupakan hasil
usaha sama pihak kerajaan dan swasta yang berganding bahu meningkatkan lagi
kemudahan-kemudahan asas untuk kegunaan para pelancong.
Menerusi
Rancangan Malaysia ke-2 (1971-1975), kerajaan telah memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). Ianya bertujuan mencapai perpaduan nasional melalui
pembasmian kemiskinan serta merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Pada tahun
1972, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Kawasan Persatuan Pelancongan Pasifik (PATA). Menerusi
persidangan tersebut, kerajaan telah menyedari kepentingan dan peluang ekonomi
yang terdapat dalam sektor pelancongan. Sehubungan itu, kerajaan telah
menubuhkan Kemajuan Pelancongan Corporation (TDC) pada tahun 1972 yang
bertujuan untuk menunaikan dasar pembangunan Perlancongan Pertama Negara yang
lebih dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pelancongan 1975.
Sektor
pelancongan dilihat terus berkembang baik pada awal tahun 80-an. Pada saat ini,
negara sudah aman daripada ancaman komunis dan ancaman luar. Ketibaan pelancong luar ke Malaysia semakin
meningkat pada setiap tahun. Sokongan tidak berbelah bahagi oleh kerajaan
terhadap sektor perlancongan juga dapat dilihat menerusi penubuhan Kementerian
Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.
Dalam
Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5; 1986-1990), kerajaan telah mengambil tindakan
pantas mempertingkatkan segala kemudahan-kemudahan asas untuk para pelancong
diseluruh negara. Antaranya ialah menaiktaraf jeti pelancongan di Kuala Tahan,
Pulau Langkawi dan Pulau Tioman. Selain itu, Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi turut dinaiktaraf bagi
menampung kehadiran pelancong yang kian bertambah. Kerajaan juga telah
melancarkan Tahun Melawat Malaysia (TMM90) pada tahun 1990. Ia telah
meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke Malaysia sebanyak 7.44 juta
pelancong.
Rancangan
Malaysia Ke-6 (RMK-6; 1991-1995), telah menyaksikan kerjasama yang padu antara
pihak kerajaan dan juga pihak swasta dalam membangunkan produk-produk
pelancongan yang baharu. Seterusnya pada tahun 1994, kerajaan sekali lagi
melancarkan Tahun Melawat Malaysia (TMM94) dengan menyajikan 170 program dan
acara merangkumi kebudayaan, kesenian, kraf tangan, perayaan kebangsaan, sukan,
konvensyen dan pameran. Selain itu, Pembukaan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS)
yang telah menghubungkan di antara Bukit Kayu Hitam dengan Johor telah
meningkatkan lagi rangkaian pengangkutan dalam negara sekaligus menjadi faktor
kepada peningkatan kadar pelancongan dalam dan luar negara terutamanya
Singapura dan juga Thailand.
Walau
bagaimanapun, kerancakan perkembangan sektor pelancongan negara telah mengalami
kemerosotan pada tahun 1997 dan 1998. Ia disebabkan oleh kejadian jerebu,
penularan wabak virus nipah dan Coxsackie
Sumatera. Selain itu, Krisis Kewangan Antarabangsa turut menjadi faktor
kepada kemerosotan sektor pelancongan negara. Kerajaan telah mengambil langkah
meningkatkan promosi dan menceburi pasaran baharu seperti China, India, Timur
Tengah, Australia dan juga Eropah. Tujuannya untuk memastikan aliran masuk wang
ke dalam negara dan mengurangkan aliran keluar matawang negara seterusnya
memulihkan krisis ekonomi yang melanda negara. Kesannya, kedatangan pelancong
pada tahun 1999 meningkat sebanyak 43.6% daripada jumlah kedatangan pelancong
pada tahun 1998.
Perkembangan
positif sebanyak 10% setiap tahun dapat dilihat menerusi sektor pelancongan
negara. Namun, pada tahun 2003, sekali lagi kemerosotan berlaku apabila
penularan wabak Sindrom Pernafasan Akut (SARS) yang teruk serta keadaan politik
yang tidak stabil. Menerusi Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8; 2001-2005) kerajaan
telah mensasarkan strategi asas dan dasar pembangunan pelancongan untuk
mencapai pertumbuhan yang mampan disamping menjana pendapatan negara. Selain
itu ia bertujuan untuk melindungi keseimbangan alam sekitar, ekonomi, sosial,
dan isu-isu budaya dalam setiap aktiviti pelancongan. Pada tahun 2007, kerajaan
sekali lagi telah melancarkan Tahun Melawat Malaysia (TMM07) bersempena dengan
Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia yang ke-50. Sektor pelancongan negara
sememangnya telah mengalami peningkatan dan perkembangan yang baik.
Perkembangannya juga mendapat perhatian serius oleh pihak kerajaan sejak dahulu
hingga kini.
Sulong Mohamad dan Habibah
Ahmad (2008). Pelancongan Malaysia: Isu pembangunan, budaya, komuniti dan persetempatan.
Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Badaruddin Mohamed & Nikmatul Adha Nordin (2007).
Perancangan Pelancongan. Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka
Tuesday, 1 March 2016
Sunday, 31 January 2016
SEMESTER 3 UUM PJJ 2016/2017
- GMGA 1024 - POLITIK DAN PENTADBIRAN
- SADE 1013 - ASAS KEUSAHAWANAN
- SBLE 1033 - ENGLISH FOR COMMUNICATION 1
- GMGM 2013 - ORGANISASI DAN MASYARKAT
- VKMB 2031 - PEMBANGUNAN MASYARAKAT III
Blog ini akan memaparkan pautan pautan tentang subjek yang diambil pada semester 3. Terutama sekali bagi subjek SADE 1013 bagi melengkapkan tugasan yang diamanahkan oleh pensyarah.
GOOD LUCK !!!
SELAMAT KEMBALI... ANDA YANG TERBAIK..
UUM 2016
SEMESTER 3 JANUARI 2016/2017
GOOD LUCK!!!!
Tuesday, 27 October 2015
BUAT YANG TERMAMPU
"Semoga berjaya rakan-rakan seperjuangan - Peperiksaan Akhir Semester Julai Seisi 2015/2016"
Friday, 16 October 2015
Subscribe to:
Comments (Atom)