Tuesday, 27 October 2015

BUAT YANG TERMAMPU

"Semoga berjaya rakan-rakan seperjuangan - Peperiksaan Akhir Semester Julai Seisi 2015/2016"

Friday, 16 October 2015

"Manusia punya banyak ragam tapi percayalah ia boleh berubah"



Semoga menjadi pedoman untuk semua =)





Tips keluarga bahagia =)

Nak lagi? Klik disini!

Hilangkan stress...

NASIB SI ISTERI YANG SETIA KE HUJUNG NYAWA
Suami Suzy koma selama tiga bulan kerana ditembak di dada. Apabila tersedar, dia lihat Suzy setia berada di sampingnya.Suami Suzy membuka mulut ingin menyatakan sesuatu pada suzy. Suaminya berkata: Awak tahu tak sayang?"Mata suaminya digenangi air mata. Suami suzy menyambung lagi..."Awak telah bersama saya setiap saat musibah yang menimpa Saya. Ketika saya dipecat, awak berada di sisi saya. Ketika kita kehilangan rumah, awak berada di sana. Ketika kesihatan saya tak menentu, awak ada di sisi saya. Dan terbaru...ketika saya ditembak, awak juga berada di situ. Dan, awak tahu tak sayang?" "Apa dia sayang?" soal Suzy lembut dan tersenyum. Suaminya membalas: "Abang rasa sayang selalu bawa nasib buruk dalam hidup abang!"

TIPS MENJEMPUT REZEKI DENGAN MUDAH

CERITA PENGEMIS DAN ISTERI CANTIK

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. "Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu. Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. 

Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis. Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".